assalamualaikum............
ini lagi nak share semoga menjadi renungan dan tatapan.....
bukan sekadar itu ambil lah iktibar dari nya untuk membaiki amalan hidup seharian..........
BILA AL-QURAN MULA BEBICARA
Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci. Aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau
pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi
padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang
tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak
kecil yang belajar
mengaji.......
Sekarang. Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku
tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai
pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar
engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk
menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan
dalam kesendirian ,
kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci. Aku engkau
pendamkan.
Dulu... pagi-pagi... surah-surah yang ada
padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang. Aku kau baca
beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang... seawal pagi sambil minum
kopi... engkau baca surat khabar
dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku
karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang
datang dari Allah
Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau
lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau
lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik
menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang
terdapat di dalam
keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu
tertuju ke stasyen radio
kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau
baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik favorite-mu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun
kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini
sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang
mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau
sanggup duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan
dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau
membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak
semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika
membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu
sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer
dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s. w. t yang ada
padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s. w. t
Sekarang engkau begitu enteng membuang
waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada
Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau
hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah
nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan
melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku
kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah
ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha
Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui
Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari,
lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat
Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam
hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Maha benar Allah, yang Maha perkasa lagi Maha bijaksana.
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan
diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka. Mereka kekal didalamnya."(QS Al A'raaf : 36).
Wednesday, February 2, 2011
2nd Feb 2011
hr ni hidup aku begitu bosan...hr ni asyk layan fb..kat fb pun x de pape yg dapat aku layan sgt...no komen...no best topics...lps tu duk baca novel '2x5'...aku ni bukannya minat sgt novel...dah tahap bosan...layan jgklah...aku ni kaki komik...kwn2 yg knl aku tau sgtlah aku ni mmg minat komik...masak?!! hurm...hehehehe...dah lapar knelah masak..kalau x melayang duit kat kedai...entahlah...x tau nak buat apa..nak kuar jejalan x de teman...x de but apa2 pun...perasaan aku ni x pernah hilang...semakin hari semakin kuat ia hadir..huhuhuhuu...aku harap esk hidup aku lbh ceria lg..ahaks...apa2 pun...sori to my frenz yg duk melayan aku merapu ni...huhuhu...mesti korg bosan sesgt...aku dah x tau nak ngayat apa...ckuplah dulu ek..
CHECK IT OUT!!!!!!
Tuesday, February 1, 2011
DI SEBALIK 5 JARI
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari yang lima . Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia kehadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu?
Jangan abaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari.
Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak hikmat yang terlepas untuk dinikmati.
Jari Kelingkig
Bermula dari jari kelingking ynag kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian membesar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan haruslah bermula daripada kecil.
Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.
Jari Manis
Pergi pula kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi apabila disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.
Ketika ini kita di alam remaja. Awas! Di usia ini kita sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan takwa menunujuk jalan kebenaran.
Hari itu, kita sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil kelak.
Persoalannya sekarang, adakah kita ini benar-benar bertanggungjawab? Atau sudahkah kita mengenali tanggungjawab? Atau berpura-pura tidak tahu tentang tanggungjawab? Atau memilih tidak tahu langsung tentang tanggungjawab?
Jari Hantu
Kemudian naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja mula ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini, kebanyakkan dari kita telah mempunyai personaliti dan status tersendiri, dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu yang mengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi, lantas akan terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Jari Telunjuk
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t ketika bersolat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarka jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan dengan minda yang hebat.
Jari Ibu
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsir pelbagai perkara. Bak kata orang jawa “cap jempol” atau cap jari.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Dengari nasihat mereka. Kemudian timbang-tara pendapat mereka. Sekiranya ia sejajar dengan syariat dan tidak menyimpang dari asas keimanan,maka patuhilah ia.
Nasihat mereka baranglkali amat berguna. Dengan nasihat itu di belakang hari nanti, kita akan berasa bangga dan berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas. Maka itulah rahsia kejayaan kita.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fikirkan dalam-dalam.
“Di manakah kita?”
dan
“Siapakah kita?”
Subscribe to:
Posts (Atom)